Hari ini, SKMM telah mengumumkan beberapa perkara mengenai penemuan pihak mereka bersama syarikat telekomunikasi. Pada perkongsian berkenaan, SKMM turut mengumumkan yang mana Celcom bakal memperluaskan liputan jalur-lebar talian-tetap mereka pada tahun 2019 untuk beberapa lokasi baru.
SKMM mengatakan mereka akan memperluaskan liputan rangkaian jalur-lebar talian tetap dengan kerjasama bersama syarikat telekomunikasi lain, selain turut akan menggunakan teknologi alternatif.
Buat masa ini, Celcom hanya menawarkan perkhidmatan mereka di Sabah sahaja. Harga yang ditawarkan oleh Celcom untuk pelan jalur-lebar mereka di Sabah boleh dikatakan agak murah, dimana pelan dengan kelajuan 40Mbps ditawarkan pada harga langganan RM80 sebulan, sementara pelan 100Mbps ditawarkan pada harga langganan RM120 sebulan. Jikalau dibandingkan dengan Telekom Malaysia, boleh dikatakan penawaran kedua-dua pelan ini adalah lebih berpatutan berbanding penawaran pelan TM hari ini.