Cari @ Amanz

POCO Launcher merupakan antaramuka baru yang ditawarkan oleh Xiaomi bersama-sama telefon pintar Pocophone F1 yang telah dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, launcher ini tidak terhad untuk pengguna peranti Pocophone sahaja, tetapi turut boleh digunakan oleh pengguna peranti Android yang lain.

Sebelum ini, POCO Launcher telah ditawarkan dalam bentuk beta, dan hari ini Xiaomi turut telah mula menawarkan POCO Launcher versi stabil melalui Google Play Store.

POCO Launcher membawakan rekaan yang hampir kepada antaramuka asal Android, selain turut memfokuskan kepada kemudahan dan tidak begitu berat berbanding launcher pada beberapa telefon pintar hari ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba POCO Launcher ini pada telefon pintar anda terus melalui Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd