Carian
Honor 8C Dilancarkan Di China Dengan Cip Snapdragon 632
October 14, 2018 Aman

Honor kini telah melancarkan satu lagi telefon pintar mampu-milik dengan spesifikasi pertengahan yang terbaru, iaitu Honor 8C. Ia baru sahaja diumumkan di China, dan mungkin diperluaskan ke pasaran global tidak lama lagi.

Honor 8C

Honor 8C hadir dengan skrin 6.26-inci pada resolusi HD+, dijana cip pemprosesan Snapdragon 632 yang terbaru, memori 4GB RAM, dan storan sehingga 32GB. Telefon pintar ini menyertakan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP, selain kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri berkapasiti 4000mAh.

Secara kasar, ia dilihat peranti ini memfokuskan penawaran spesifikasi pertengahan dengan ketahanan bateri lama, selain mengekalkan ciri-ciri seperti bicu audio, dan pengimbas cap jari.

Di China, Honor 8C dijual pada harga bermula CNY 1099, iaitu sekitar RM659. Kita mungkin melihat peranti ini dipasarkan di pasaran tempatan dalam bulan-bulan akan datang.

Honor 8C

Komen