HTC Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Berasaskan Rantaian-Blok Pada 22 Oktober
HTC

HTC Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Berasaskan Rantaian-Blok Pada 22 Oktober

Diterbitkan pada Okt 14, 2018 oleh .

HTC hari ini telah hadir dengan video acah ringkas, memperlihatkan mereka bakal memperkenalkan telefon pintar berasaskan rantaian-blok mereka pada penghujung bulan ini, iaitu pada 22 Oktober 2018.

HTC memanggilnya sebagai Exodus, dimana ia dijangka mengintegrasikan beberapa ciri-ciri rantaian-blok, termasuk dompet kriptowang, selain pengoptimasian khusus untuknya.

Info penuh mengenai telefon pintar ini dijangka akan diumumkan pada pelancarannya 22 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibawakan oleh HTC melalui telefon pintar yang memfokuskan rantaian-blok dan pencinta kriptowang ini.


TIPS & ULASAN