Sony kini nampaknya telah mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk sejumlah pengguna telefon pintar Xperia XZ2 dan juga Xperia XZ2 Compact. Kemaskini ini dilihat ditawarkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum anda menerimanya pada peranti anda.
Dengan pengenalan ini, ia sekaligus meletakkan Sony antara pengeluar yang menawarkan kemaskini Android dengan pantas untuk beberapa peranti mereka. Sebelum ini juga, Sony telah memperkenalkan Xperia XZ3 yang hadir menjalankan sistem operasi Android Pie.
Melalui Android Pie, ia hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan pembelajaran mesin untuk pengoptimasian bateri dan juga paparan skrin.
Bagi anda yang menggunakan Xperia XZ2 atau Xperia XZ2 Compact, sudahkah anda menerima kemaskini Android Pie ini?