EA Merancang Untuk Memperkenalkan Kembali Permainan Command & Conquer

EA Merancang Untuk Memperkenalkan Kembali Permainan Command & Conquer

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Siri permainan Command & Conquer boleh dikatakan siri permainan popular suatu ketika dahulu, dimana ia menawarkan bentuk permainan strategi masa-nyata. Ia agak mendukacitakan kerana EA tidak meneruskan siri berkenaan untuk sekian lama.

Walaubagaimanapun, untuk pencinta siri berkenaan, kini EA telah mengumumkan yang mana mereka mempunyai perancangan untuk memperkenalkan kembali beberapa permainan berkenaan yang diberikan nafas baru dengan penambah-baikkan grafik dan sebagainya.

EA merancang untuk memperkenalkan siri permainan remaster untuk Command & Conquer bersempena dengan ulang-tahun ke-25 permainan berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi versi permainan Command & Conquer yang akan dilancarkan. Mungkinkah Red Alert, atau General?


TIPS & ULASAN