Epic Games Menyaman Pencipta Kandungan YouTube Kerana Menjual Perisian Penipuan Fortnite

Epic Games Menyaman Pencipta Kandungan YouTube Kerana Menjual Perisian Penipuan Fortnite

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Fortnite ialah sebuah permainan penembak pertama yang dimainkan oleh berjuta-juta pemain di seluruh dunia, dan Epic Games, syarikat pembina permainan tersebut sangat mengambil berat mengenainya cara permainan tersebut dimainkan oleh pengguna-pengguna ini.

Penipuan adalah satu lumrah permainan atas talian, akan tetapi, Epic Games bekerja keras untuk memastikan bahawa Fortnite boleh dimainkan oleh semua secara adil dan saksama.

Terkini, mereka dikatakan baru sahaja menyaman seorang pencipta kandungan YouTube bernama Brandon Lucas, atau lebih dikenali sebagai Golden Modz kerana dia bukan sahaja memuat-naik video yang menunjukkannya menipu, malah turut menjual perisian yang membenarkan orang ramai menipu di dalam permainan tersebut.

Sebelum ini, Epic Games sudahpun meminta YouTube untuk menurunkan video-video yang menunjukkan Golden Modz menggunakan perisian penipuan itu. Mereka turut meminta Golden Modz untuk berhenti memuat-naik kandungan tersebut, tetapi tidak diendahkan olehnya, dan menyatakan bahawa terdapat ramai lagi pencipta kandungan YouTube lain yang membuat perkara yang sama.

Saman yang difailkan ini merupakan kes yang cukup besar buat Epic Games kerana Golden Modz mempunyai 1.7 juta pengikut di YouTube, dan jika saman yang difailkan keatasnya disabit kesalahan, akan menyebabkan ramai orang lain berfikir dua, tiga kali sebelum mereka menggunakan perisian penipuan pada permainan Fortnite.



Paling Popular