Kemaskini sistem operasi Windows 10 October Update memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baru untuk para penggunanya, akan tetapi, disamping itu, ia juga memperkenalkan beberapa masalah yang cukup serius.
Diantaranya ialah masalah kehilangan perisian audio Intel selepas kemaskini tersebut. Penyelesaian manual telah diberikan oleh seorang pekerja Microsoft, tetapi kini, syarikat tersebut memperkenalkan kemaskini yang boleh dimuat turun dan dipasang tanpa perlu menggodek sistem operasi secara sendiri.
Kemaskini tersebut, yang diberikan kod nama KB4468550, boleh dimuat turun untuk sistem operasi Windows 10 versi 1809, 1803 dan 1709 sekarang di laman web Microsoft, ataupun melalui tetingkap Update secara automatik.