Carian
Facebook Kini Membolehkan Pengguna iPhone Berkongsi Gambar “3D”
October 15, 2018 Aman

Facebook kini telah memperkenalkan sebuah ciri baru untuk pengguna iPhone, dimana anda boleh berkongsi gambar yang dirakamkan ke laman sosial berkenaan, dan ia akan dipaparkan dalam bentuk “3D”.

Facebook menjayakan paparan ini dengan menggunakan sokongan dwi-kamera pada beberapa iPhone hari ini, selain menggunakan kelebihan kecerdasan buatan dalam menghasilkan paparan seumpama gambar tertimbul.

Facebook 3D Photo

Bagi pengguna iPhone, anda boleh merakamkan gambar dalam bentuk “Potrait” dan berkongsi ke Facebook untuk melihat gambar dalam bentuk “3D” ini. Untuk melihatnya, semua pengguna boleh melihat gambar berkenaan tanpa mengira peranti – dimana anda boleh mengerakkan sedikit peranti ke kiri dan kanan untuk melihatnya daripada sudut berbeza – sekaligus menghasilkan gambar seumpama sedikit tertimbul.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperluaskan ke peranti lain.

Komen