Cari @ Amanz

Penyuntingan atau kawalan bokeh pada peranti Android bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi buat pengguna iPhone iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan kelak iPhone XR – ia adalah satu perkara baru dan juga inovasi hebat.

Jika iPhone XS dan XS Max sebelum ini boleh menyunting bokeh selepas gambar mod potret diambil, kini memudahkan lagi pengguna – kawalan bokeh secara langsung diperkenalkan dalam iOS 12.1. Buat masa ini iOS 12.1 masih lagi dalam bentuk beta awam ketiga. Jadi, beberapa pepijat serta ketidakstabilan boleh dialami.

Dengan adanya kawalan sebegini, gambar mod potret yang diambil dari iPhone XS dan XS Max akan menjadi lebih cantik dan kedan kelihatan menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd