Vivo Bakal Memperkenalkan Vivo Z3 Di China Pada Minggu Ini

Vivo Bakal Memperkenalkan Vivo Z3 Di China Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Vivo mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah mereka, dan salah satunya adalah siri-Z. Terkini, Vivo di China dilihat menjadualkan acara pengenalan sebuah telefon pintar baru, iaitu Vivo Z3.

Vivo Z3

Vivo Z3 dilihat akan hadir menggunakan cip Snapdragon 710, selain turut menyertakan sebuah ciri baru dinamakan Dual-Turbo. Apakah fungsi ciri berkenaan masih tidak diketahui lagi, tetapi ia berkemungkinan memfokuskan untuk meningkatkan prestasi peranti – sekaligus menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik kepada pengguna.

Vivo menjadualkan pengenalan peranti ini pada 17 Oktober kelak, dimana kita akan mengetahui sepenuhnya mengenai peranti terbaru Vivo ini.


TIPS & ULASAN