Cari @ Amanz

Lebih 75% Pengguna Google Pixel Kini Menggunakan 9.0 Pie

Link Copied!

Pada penghujung bulan September telah kami laporkan peratusan penggunaan Android yang terkini. Ia memperlihatkan peranti Android yang menjalankan Android Oreo mencecah 19.2%. Tetapi, Android Pie masih tidak kelihatan.

Sudah pun masuk bulan Oktober dan setakat ini peratusan penggunaan Android Pie untuk kesemua peranti Android yang menyokongnya masih lagi belum kelihatan. Tetapi, untuk pengguna kesemua Google Pixel dilihat sudah mencecah lebih 75% yang menggunakan Android Pie. Data ini dikongsi oleh Rick Osterloh – iaitu Naib Presiden Kanan Google di Twitter.

Ini adalah peratusan yang banyak. Malah lebih dari pengguna iOS 12 yang hanya mencecah sekitar 50%. Bukankah lebih adil jika dibandingkan sebegini – Google dengan Pixel dan Apple dengan iPhone?


Komen ()