Fungsi Penterjemahan Masa Nyata Akan Hadir Pada Kesemua Set Fon Telinga Google Assistant

Fungsi Penterjemahan Masa Nyata Akan Hadir Pada Kesemua Set Fon Telinga Google Assistant

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Google Pixel Buds adalah set fon telinga nirwayar pertama dari Google. Menarik dengan Google Pixel Buds ini adalah ia mempunyai Google Assistant terbina dan juga fungsi penterjemahan masa nyata. Fungsi ini pada awalnya terhad untuk set fon telinga ini sahaja. Kini, ia tidak lagi terhad.

Fungsi penterjemahan masa nyata ini akan hadir kepada semua set fon telinga dengan Google Assistant terbina termasuk set fon telinga yang disertakan dalam pembelian Pixel 3. Antara set fon telinga lain yang bakal menyokong fungsi ini adalah, Bose Quiet Control 35 II, Sony WI-1000X, Sony WH-1000XM2, Sony WH-1000XM3 dan beberapa dari jenama JBL.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mempunyai aplikasi Google Translate yang terkini dan hanya menyebut ‘Hey Google, help me speak in ‘X’ language’. Di mana ‘X’ adalah bahasa asing yang ingin diterjemah.


TIPS & ULASAN