Carian
Xiaomi Mi 6S Muncul Di Laman Geekbench – Peranti Snapdragon 835 Pada Tahun 2018?
October 15, 2018 Fahim Zahar

Xiaomi Mi 6 adalah antara peranti mercu Xiaomi yang terbaik dalam keluarga Xiaomi. Ia hadir dengan binaan yang premium, saiz yang kecil, skrin 5.15-inci HD Penuh, USB-C dan rekaan keseluruhan peranti adalah premium. Xiaomi Mi 6 dijana dengan Snapdragon 835 dan sudah lebih satu tahun umurnya – kini Xiaomi Mi 6S pula muncul di laman Geekbench.

Bukankah sepatutnya Xiaomi Mi 8 adalah pengganti kepada Xiaomi Mi 6? Adakah disebabkan tiadak Xiaomi Mi 7, Mi 6S ini  muncul? Masih menjadi tanda tanya kenapa Xiaomi menguji peranti ini. Lebih mengejutkan, ia masih dijana dengan cip Snapdragon 835. Tetapi menarik dengan peranti ini adalah, ia menjalankan Android 9.0 Pie dan menggunakan memori 6GB RAM. Markah tanda aras pula dilihat mencapai 6944 untuk prestasi multi-teras dan 1830 untuk prestasi satu-teras.

Tiada maklumat lain mengenai peranti ini daripada Xiaomi atau sumber lain selain daripada tanda aras ini. Mungkin Xiaomi ada kejutan kelak? Sama-sama kita nantikan.

Komen