Carian
(Ura-Ura) Galaxy Note 10 Dikatakan Akan Membawakan Skrin Bersaiz 6.66-inci
October 15, 2018 Aman

Masih terdapat hampir setahun lagi sebelum Galaxy Note 10 diperkenalkan. Tetapi, seperti biasa, desas-desus awal mengenainya telah kedengaran. Mengikut info yang hadir ke arena web hari ini, ia dikatakan Galaxy Note 10 mungkin menyertakan skrin bersaiz 6.66-inci.

Ini sekaligus membuatkan saiz skrin Note10 akan lebih besar sedikit berbanding Galaxy Note9 yang membawakan skrin bersaiz 6.4-inci.

Dengan skrin lebih besar ini, terdapat kemungkinan yang mana ia akan membawakan rekaan lebih nirbingkai – atau skrin sedikit memanjang berbanding sebelum ini. Apa pun, ia masih menjadi tanda tanya sama ada Samsung akan tunduk kepada penggunaan skrin bertakuk ataupun kekal tanpanya.

Komen