Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah hadir dengan gambar acah untuk telefon pintar baru, yang mana hadir dengan empat-kamera dengan sokongan kecerdasan buatan. Mengikut apa yang telah dilancarkan Xiaomi setakat ini, telefon pintar berkenaan dijangka adalah XiaomI Redmi Note 6 Pro.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro hadir dengan skrin 6.26-inci dengan rekaan bertakuk, cip Snapdragon 636, dan bateri berkapasiti 4000mAh.

Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro

Melengkapkan telefon pintar ini adalah dwi-kamera hadapan 20MP + 2MP, selain dwi-kamera belakang 12MP + 5MP. Kesemua kamera hadir dengan sokongan kecerdasan buatan pada bahagian perisian untuk penambah-baikkan hasil rakaman.

Xiaomi Malaysia mengatakan akan berkongsi lanjut mengenainya secara rasminya esok. Sama-sama kita nantikan bilakah Redmi Note 6 Pro akan memasuki pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd