Panel Kaca Google Pixel 3 Adalah Lebih Kalis Calar Dari Yang Dijangkakan

Panel Kaca Google Pixel 3 Adalah Lebih Kalis Calar Dari Yang Dijangkakan

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Baru-baru ini ada isu yang tular di arena web di mana panel kaca Google Pixel 3 adalah sangat mudah calar. Ia turut ditekankan oleh MKBHD di dalam Instagram Live beliau. Tetapi sebenarnya, panel kaca belakang Google Pixel 3 adalah lebih baik dari yang dijangkakan.

9to5Google membuat ujian pada Google Pixel 3 XL mereka dengan mencalarkan panel belakang dengan kunci. Mereka turut menulis sesuatu dan hanya dengan satu kesat – calar itu hilang. Perkara ini mustahil, kerana Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL menggunakan panel kaca terukir (etched glass). Ini adalah teknik kemasan yang sama hadir pada OnePlus 6 Midnight Black.

Jadi, pengguna Pixel 3 dan Pixel 3 XL kelak usah khuatir dengan isu calar ini. Jika tidak, masih ada pilihan perlindungan kerangka pelindung atau pelekat vinil seperti DBRAND untuk melindungi peranti.


TIPS & ULASAN