Palm Kembali Ke Arena Telefon Pintar Dengan Peranti Bersaiz Mini

Palm Kembali Ke Arena Telefon Pintar Dengan Peranti Bersaiz Mini

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Palm merupakan salah satu jenama telefon pintar yang popular sekitar sedekad yang lepas. Walaubagaimanapun, mereka menghadapi cabaran dan telah dijual kepada beberapa pihak sebelum kini jenamanya diambil-alih oleh TCL.

Palm 2018

Hari ini, Palm kembali ke arena telefon pintar dengan memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka. Palm baru ini hadir dengan skrin 3.3-inci dengan resolusi 720×445 pixel, dijana cip Snapdragon 435, memori 3GB RAM, dan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 800mAh, selain menawarkan sokongan kalis-air IP68. Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menggunakan kamera belakang 12-megapixel, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Palm 2018

Walaupun berspesifikasi rendah, telefon pintar ini masih menyertakan sokongan USB-C, dijana Android 8.1 Oreo, selain satu butang fizikal yang boleh dwi-tap untuk mengakses Google Assistant. Peranti ini juga turut menyertakan sejumlah sokongan gesture untuk memudahkan navigasi.

Buat masa ini, Palm ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, sebagai telefon pendua untuk para pengguna. Ia tidak lagi diketahui sama ada Palm akan dipasarkan untuk pasaran global ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN