Adobe hari ini telah memperkenalkan perisian terbaru mereka untuk penyuntingan gambar, dinamakan Premiere Rush CC. Melaluinya, Adobe menyasarkan pengguna kasual yang inginkan perisian penyuntingan gambar mudah untuk tujuan dikongsikan pada YouTube dan pelbagai media sosial.
Premiere Rush CC ini diposisikan sebagai alternatif untuk iMovie, dan ditawarkan untuk desktop dan iOS bermula hari ini. Sokongan untuk pengguna peranti Android dijangka akan ditambah pada 2019 kelak.
Premiere Rush CC memfokuskan kepada memudahkan pengguna membuat suntingan video, dan berkongsi terus ke arena web. Ia mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri asas daripada Premiere Pro, After Effects dan juga Audition – sekaligus membolehkan pengguna melakukan pelbagai penyuntingan asas, dan beralih ke perisian penyuntingan sepatutnya sekiranya diperlukan.
Adobe Premiere Rush CC ini ditawarkan dibawah pelan Creative Cloud. Tetapi, pengguna juga turut boleh digunakan secara percuma dibawah pelan Starter. Ia membolehkan pengguna membuat suntingan tanpa had, dan mengeksport tiga projek ke versi akhir secara percuma.