Dell Melancarkan Monitor Ultra Lebar Pertama Dengan Resolusi Dwi-QHD

Dell Melancarkan Monitor Ultra Lebar Pertama Dengan Resolusi Dwi-QHD

Diterbitkan pada Okt 15, 2018 oleh .

Dengan monitor ultra lebar, dua input boleh disambungkan kepada sebuah monitor yang kemudiannya berfungsi seperti sebuah dwi-monitor. Dell UltraSharp U4919DW baru sahaja dilancarkan sebentar dan ia unik kerana boleh menyokong resolusi dwi-QHD 5120 x 1440 pixel. Jni menjadikannya yang pertama di dunia dengan resolusi ultra tinggi ini. Monitor-monitor ultra lebar lain di pasaran masih lagi hanya menyokong resolusi maksimum 2560 x 1080 pixel.

Monitor sebesar 49 inci ini mempunyai nisbah skrin melengkung 32:9. Ia menyokong sabungan menggunakan HDMI, miniDP dan USB-C. Terdapat sokongan sistem KVM (keyboard, video and mouse) yang membolehkan dua komputer yang menjadi sumber input monitor untuk dikawal menggunakan hanya sepasang tetikus serta papan kekunci. Dell UltraSharp U4919DW akan mula dijual bermula 26 Oktober pada harga $1699.99 (~RM 7064).


TIPS & ULASAN