Adobe Photoshop Akan Hadir Ke iPad Pada 2019
Aman
Adobe hari ini berkongsi sejumlah kemaskini untuk perisian-perisian penyuntingan mereka, dan turut telah berkongsi perancangan untuk membawakan perisian penyuntingan gambar popular, iaitu Adobe Photoshop ke iPad.

Dengan penawaran Adobe Photoshop pada iPad, ia sekaligus membolehkan anda membuat penyuntingan penuh gambar terus melalui tablet keluaran Apple berkenaan, selain memudahkan anda membuka dan menyunting fail PSD dimana-mana sahaja anda berada.
Adobe juga mengatakan kini para penyunting grafik tidak lagi perlu terikat pada desktop, dan boleh melakukan kerja penyuntingan dimana-mana sahaja anda berada.
Adobe menyasarkan pengenalannya pada tahun 2019 kelak, dan bagi anda yang berminat boleh membuat pendaftaran minat melalui laman Adobe hari ini.
https://www.youtube.com/watch?v=ccSBlU8YB90
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.