Beberapa tahun yang lepas, Adobe telah mengambil-alih penyedia muka-taip popular, Typekit. Sejak pengambil-alihan, ia telah terus ditawarkan seperti biasa, dan hari ini, akhirnya Adobe mengumumkan sedikit perubahan.
Bermula hari ini, Adobe menjenamakan semula Typekit sebagai Adobe Fonts. Pada masa yang sama, kini ia ditawarkan sebagai sebahagian daripada langganan Creative Clouds, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskan langganan mereka, dan memudahkan mereka menerima akses kepada pelbagai muka-taip dengan mudah.
Pada masa yang sama, Adobe juga kini tidak lagi menetapkan had sync, sekaligus memudahkan anda mengaktifkan semua muka-taip yang diperlukan dengan mudah.
Selain pelan berbayar, pengguna juga turut boleh mengakses koleksi muka-taip asas secara percuma dengan hanya mendaftar Adobe ID.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman Adobe Fonts hari ini.