Carian
Pengasas Bersama Microsoft, Paul Allen Meninggal Dunia
October 16, 2018 Aman

Paul Allen merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft, dimana beliau bersama Bill Gates telah menubuhkan syarikat perkomputeran terkemuka berkenaan. Punca kematian beliau dikatakan adalah disebabkan oleh kanser.

Paul Allen

Beliau mempunyai sumbangan yang tinggi untuk syarikat perkomputeran berkenaan, termasuk hadir dengan nama asal syarikat tersebut Micro-Soft. Selain daripada itu, Paul Allen juga dikatakan telah mengetuai pengambil-alihan QDOS yang membantu Microsoft mendapatkan kontrak untuk menawarkan DOS yang dijalankan pada PC keluaran IBM.

Paul Allen sebelum ini telah meninggalkan Microsoft pada 1983 yang lepas, tetapi kekal sebagai ahli lembaga sehingga tahun 2000 yang lepas. Walaubagaimanapun, beliau kekal sebagai penasihat strategi untuk eksekutif syarikat berkenaan.

Paul Allen meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Komen