Carian
Apple iPhone XR Berharga Bermula RM3599 Di Malaysia
October 16, 2018 Aman

Bersama-sama penyenaraian iPhone XS di Apple Store Malaysia, pihak Apple turut telah menyenaraikan iPhone XR untuk pasaran tempatan. Seperti iPhone XS, pengguna tempatan boleh melakukan pra-tempahan untuk iPhone XR melalui laman Apple bermula 19 Oktober 2018 kelak.

iPhone XR Malaysia

iPhone XR membawakan spesifikasi yang lebih kurang sama seperti iPhone XS, tetapi menggunakan skrin LCD, selain hanya menggunakan satu kamera sahaja pada bahagian belakang. Ia turut hadir dengan sejumlah pilihan warna berbeza – termasuk merah dan biru.

Di Malaysia, tiga variasi peranti akan ditawarkan, iaitu 64GB, 128GB dan juga 256GB. Berikut merupakan harga jualan iPhone XR di Malaysia:
iPhone XR 64GB – RM3599
iPhone XR 128GB – RM3849
iPhone XR 256GB – RM4299

Komen