Apple Watch Series 4 Membawakan Tanda Harga Bermula RM1749 Di Malaysia

Apple Watch Series 4 Membawakan Tanda Harga Bermula RM1749 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Selain daripada iPhone terbaru, Apple juga telah menyenaraikan jam tangan pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Apple Watch Series 4. Jam tangan pintar ini hadir dalam pelbagai pilihan binaan, dan pada masa yang sama membawakan rekaan bersaiz sedikit besar – iaitu 40mm dan juga 44mm.

Apple Watch Series 4

Kedua-duanya menawarkan penambah-baikkan spesifikasi, skrin yang lebih besar, selain tindak-balas haptik pada bahagian putaran jam. Sokongan menyemak ECG tidak diaktifkan untuk pengguna tempatan – berbeza dengan pengguna di Amerika Syarikat.

Di Malaysia, Apple Watch Series 4 ditawarkan pada harga RM1749 untuk versi 40mm, dan RM1899 untuk versi 44mm. Ia boleh dipra-tempah melalui laman rasmi Apple bermula 19 Oktober.


TIPS & ULASAN