Asus Zenfone 4 Max Kini Menerima Kemaskini ZenUI 5.0

Asus Zenfone 4 Max Kini Menerima Kemaskini ZenUI 5.0

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Asus Zenfone 4 Max adalah telefon pintar kelas permulaan yang dilancarkan pada tahun 2017. Ia dijana dengan Snapdragon 425, memori 3GB RAM dan storan 32GB. Kini selepas setahun, peranti ini mula menerima kemaskini sistem ZenUI terbaru iaitu ZenUI 5.0.

ZenUI 5.0 untuk Asus Zenfone 4 Max ini masih berasaskan Android 8.1 Oreo. Sedikit kecewa kerana masih tidak menerima Android 9.0 Pie, tetapi agak baik kerana Asus tidak melupakan peranti kelas permulaan yang sudah setahun umurnya. Akan tetapi, kemaskini ini buat masa ini hadir hanya untuk model ZC554KL dan bukannya set Malaysia iaitu model ZC520KL.

Kita mungkin akan lihat kehadirannya tidak lama lagi. Untuk mencuba nasib, pengguna boleh sahaja semak di tetapan jika OTA sudah diberikan.


TIPS & ULASAN