Cari @ Amanz

Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL sudah pun dilancarkan. Ia membawakan rekaan serba baru dengan panel kaca yang unik, sokongan pengecasan nirwayar dan dwi-kamera hadapan. Tetapi, sewaktu pelancaran Google langsung tidak memberitahu butiran jelas mengenai spesifikasi peranti ini. Kini, maklumat jelas mengenai kameranya diketahui dan ia menggunakan sensor Sony yang terbaru.

Seperti yang semua sedia maklum, kamera Pixel 2 adalah yang terbaik. Malah, jika digunakan sehingga hari ini – ia masih memberikan hasil yang terbaik. Jadi, Pixel 3 seharusnya menjadi lebih baik. Google menggunakan sensor Sony IMX363 untuk kamera belakang iaitu yang sama yang digunakan pada Pocophone F1. Manakala untuk kamera swafoto, Google menggunakan sensor yang baru dan di laman Sony sendiri masih tiada butiran mengenai sensor ini.

  • Kamera Belakang (Sony IMX363)
    • 12.2MP dwi-pixel, 1.4μm, autofokus dengan pengesanan berfasa dwi-pixel, sokongan penstabilan imej optikal dan elektrik, sensor spektrum dan kelipan, bukaan f/1.8, sudut lebar 76°.
    • Rakaman Video – 1080p @ 30fps, 60fps, 120fps, Auto, 720p @ 30fps, 60fps, 240fps, Auto, 4K @ 30fps.
  • Kamera Swafoto (Sony IMX355)
    • Lensa Sudut lebar – 8MP, bukaan f/2.2 , sudut lebar 97°, fokus tetap.
    • Lensa Normal – 8MP, bukaan f/1.8, sudut lebar 75°, autofokus dengan pengesanan berfasa.
    • Rakaman Video – 1080p@30fps, 720p@30fps, 480p@30fps.

Sayang sekali, Google masih tidak sertakan sokongan rakaman 4K 60fps. Pada Pixel 2 juga tiada dan ramai juga pengguna mengharapkan Google menyertakan sokongan ini pada Pixel 3. Tetapi berkemungkinan sekali, Google ingin menjimatkan ruang storan awan Google Photos. Kerana untuk Pixel 3, Google memberikan ruang storan tanpa had untuk saiz yang asli.

Jadi, bagi yang tertanya-tanya sensor apakah yang Google gunakan? Kini anda semua sudah tahu. Teruskan baca artikel di Amanz untuk berita, ulasan dan pandang pertama – kerana kelak kami turut akan ulaskan Pixel 3 ini. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd