Cari @ Amanz

Intel baru sahaja memperkenalkan siri CPU generasi kesembilan mereka pada tahun lepas, dan ia dikatakan akan tiba di pasaran dunia pada 19 Oktober kelak. Terkini, ASUS Malaysia baru sahaja memperlihatkan siri papan induk mereka yang akan memasuki pasaran tempatan.

ASUS Malaysia memperkenalkan lima papan induk tersebut, termasuklah ASUS ROG MAXIMUS XI FORMULA, ASUS ROG MAXIMUS XI HERO (WI-FI AC), ASUS ROG MAXIMUS XI HERO (WI-FI)/COD4, ASUS ROG STRIX Z390-E GAMING dan ASUS TUF Z390-PLUS GAMING (WI-FI).

Salah satu daripada papan induk ini, iaitu ASUS ROG Maximus XI Hero (WiFi)/COD4 hadir dengan kod untuk permainan komputer Call of Duty: Black Ops 4, iaitu permainan komputer terbaru di dalam siri Call of Duty.

Kelima-lima papan induk ini hadir dengan ciri-ciri seperti kebolehan lewah jam, sokongan untuk memori DDR4 sebanyak 64GB, penggunaan storan SSD M.2 PCIe, dan juga sokongan WiFi terbina terus di dalam papan induk ini.

Kesemua papan-papan induk yang diperkenalkan ini sudahpun hadir di pasaran tempatan, dan boleh dibeli pada harga-harga berikut:

  • ASUS ROG MAXIMUS XI FORMULA – RM1889
  • ASUS ROG MAXIMUS XI HERO (WI-FI AC) – RM1499
  • ASUS ROG MAXIMUS XI HERO (WI-FI)/COD4 – RM1549
  • ASUS ROG STRIX Z390-E GAMING – RM1229
  • ASUS TUF Z390-PLUS GAMING (WI-FI) – RM929
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd