Redmi Note 6 Pro Bakal Dijual Bermula 20 Oktober – Akan Berharga Kurang RM1k

Redmi Note 6 Pro Bakal Dijual Bermula 20 Oktober – Akan Berharga Kurang RM1k

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menjual Redmi Note 6 Pro di Malaysia bermula hari Sabtu ini, 20 Oktober 2018.

Xiaomi Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro menggunakan skrin 6.26-inci dengan rekaan bertakuk, dijana cip Snapdragon 636, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia turut dilengkapi dwi-kamera belakang dan juga dwi-kamera hadapan. Xiaomi turut menekankan kepada sokongan ciri kecerdasan buatan yang hadir bersama-sama keempat-empat kamera berkenaan.

Xiaomi masih belum mengumumkan harga jualannya. Mengikut desas-desus dan info awal yang kami terima, Redmi Note 6 Pro ini dijangka akan ditawarkan pada harga kurang RM1000. Xiaomi sendiri dijangka mengumumkan harga jualannya secara rasminya esok atau lusa.


TIPS & ULASAN