Cari @ Amanz

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan bukan hanya MateBook X Pro sahaja, tetapi turut akan membawa masuk satu lagi komputer riba baru, iaitu MateBook D.

Huawei MateBook D

Huawei MateBook D hadir dengan skrin berbingkai nipis, selain turut menyertakan cip Intel Core generasi ke-8, dan ketahanan penggunaan bateri sehingga 12 jam lamanya pelayaran web. Komputer riba ini turut menyertakan sokongan pengecasan pantas berasaskan USB-C.

Huawei Malaysia mengatakan kedua-dua komputer riba ini akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini bersama-sama pelancaran Mate 20 untuk pasaran tempatan. Harga jualan untuk kesemua peranti ini masih belum diumumkan lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd