Cari @ Amanz

Samsung melalui Galaxy Note 9 menyertakan sejumlah penambah-baikkan, termasuk pada bahagian kamera. Telefon pintar memfokuskan produktiviti ini turut menyertakan dwi-kamera belakang yang bukan sahaja menawarkan pelbagai mod rakaman yang dikenal-pasti secara automatik, tetapi turut menawarkan pelbagai bentuk rakaman menarik dalam bentuk video.

Salah satunya adalah mod rakaman video pada kadar 960fps. Pengguna boleh merakamkan pelbagai gerakan dramatik melaluinya, sekaligus memberikan lebih kreativiti dalam penghasilan sesuatu video.

Galaxy Note 9

Percubaan kami sendiri memperlihatkan yang mana hasil gerak perlahan yang dihasilkan Galaxy Note 9 adalah jauh lebih baik berbanding apa yang dihasilkan oleh Galaxy S9.

Bagi anda yang sering merakamkan video dan ingin menghasilkan rakaman yang kreatif dan menarik, mungkin Galaxy Note 9 ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda.

Galaxy Note 9 boleh didapati pada harga bermula RM3699 di Malaysia – dan menariknya Samsung turut menawarkan rebat RM400 untuk pembelian sepanjang bulan Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd