Xiaomi telah pun memperlihatkan Mi Mix 3 sebelum ini, dimana ia hadir dengan rekaan skrin menyeluruh dan kerangka yang boleh diluncurkan ke atas dan bawah. Xiaomi sebelum ini telah pun mengumumkan akan melancarkan telefon berkenaan pada bulan Oktober ini, dan kini melalui poster rasmi, memperlihatkan ia bakal dilancarkan pada 25 Oktober ini.
Buat masa ini, spesifikasi peranti berkenaan masih tidak diketahui lagi. Sekiranya mengikut spesifikasi versi sebelum ini, kita mungkin boleh menyasarkan ia mungkin menggunakan cip Snapdragon 845 dan memori tinggi.
Dengan kehadiran poster pertama ini, kita juga mungkin akan dapat melihat perkongsian gambar acah yang lain yang bakal memperlihatkan ciri-ciir pada peranti berkenaan kelak.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pelancaran Mi Mix 3 ini kelak.