Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman berkaitan dengan Adobe Photoshop untuk iPad, pihak Adobe juga turut mengumumkan pembangunan sebuah aplikasi baru khusus untuk pengguna iPad, dinamakan Project Gemini.

Project Gemini memfokuskan kepada keupayaan lakaran dan pewarnaan terus pada tablet keluaran iPad berkenaan. Secara kasar, ia dilihat ingin mengabungkan aplikasi seperti Illustrator, kebolehan pewarnaan Photoshop Sketch dan beberapa aplikasi lakaran lain dibawah satu aplikasi sama.

Project Gemini

Aplikasi ini juga dioptimasikan untuk digunakan bersama Apple Pencil. Adobe mengatakan Project Gemini ini akan hadir ke iPad terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan ke Windows 10 dan Android.

Buat masa ini, Adobe belum mengumumkan bilakah Project Gemini akan dilancarkan. Bagi anda yang berminat, boleh mengisi bancian khusus yang disediakan Adobe untuk mencubanya bila ia tersedia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd