Cari @ Amanz

HMD Global hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru untuk pasaran China, iaitu Nokia X7. Telefon pintar ini dilihat mungkin akan turut ditawarkan sebagai Nokia 7.1 Plus untuk pasaran global kelak.

Nokia X7 hadir dengan skrin bersaiz 6.18-inci bertakuk, dijana cip Snapdragon 710 berasaskan binaan 10nm, dan dilengkapi memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Nokia X7 juga dilihat menyertakan paparan yang dipasarkan sebagai “PureDisplay”, dan menawarkan resolusi FHD+.

Nokia X7

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 13MP. Telefon pintar ini turut menyertakan lensa optik berjenama ZIESS, selain sokongan penstabilan imej optikal. Untuk rakaman swafoto, Nokia X7 menyertakan kamera 20-megapixel dihadapan. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 3500mAh, pengimbas cap jari dibelakang, dan juga mengekalkan bicu audio 3.5mm.

Di China, Nokia X7 akan dijual pada harga bermula 1699 Yuan, iaitu sekitar RM1020. Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui bilakah Nokia X7 akan dilancarkan untuk pasaran global dibawah nama Nokia 7.1 Plus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd