Carian
Jenama Vertu Akan Kembali Ke Arena Peranti Pintar
October 16, 2018 Effi Saharudin

Vertu ialah jenama yang amat sononim dengan kemewahan dan telefon pintar yang dihasilkan menggunakan bahan binaan eksotik. Walaupun setiap peranti dijual pada harga yang membuatkan harga  sebuah iPhone XS Max kelihatan seperti sebuah peranti Xiaomi, syarikat ini menggulung tikar kerana muflis tahun yang lalu.

Tetapi seperti Nokia dan Palm, Vertu akan kembali semula ke arena peranti pintar seperti Lazarus. Media di China mula menerima jemputan untuk acara yang akan dianjurkan oleh Vertu pada 17 Oktober. Tidak diketahui apakah peranti yang bakal dilancarkan tetapi memandang ia adalah keluaran Vertu, boleh diagak ia mungkin akan sekali lagi dihasilkan dari bahan eksotik seperti kulit ular sawa.

Vertu menandatangani perjanjian dengan TCL sebelum muflis. Terdapat spekulasi peranti ini akan dihasilkan oleh TCL sama seperti Palm yang diperlihatkan hanya beberapa hari yang lalu.

Komen