Huawei Mate 20 Hadir Dengan Sokongan Kad NM Untuk Memperluaskan Storan

Huawei Mate 20 Hadir Dengan Sokongan Kad NM Untuk Memperluaskan Storan

Diterbitkan pada Okt 16, 2018 oleh .

Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Mate 20 dan juga Huawei Mate 20 Pro. Ia menawarkan pelbagai spesifikasi terkini, dan menariknya Huawei turut menyertakan sokongan memperluaskan storan menggunakan kad NM.

Nano-Sd

Kad NM dilihat bersaiz lebih kecil berbanding mikro-SD sebelum ini – dimana ia bersaiz sekitar saiz nano-SIM. Ini sekaligus meletakkan Huawei sebagai antara pengeluar terawal yang menggunakan sokongan kad nano-SD ini.

Buat masa ini, penawaran kad NM dipasaran masih tidak meluas – sekaligus akan menjadikan harga kad NM ini sedikit mahal. Mungkin dalam tahun-tahun akan datang, kita akan melihat lebih ramai pengeluar menggunakan teknologi ini, sekaligus mengurangkan lagi harga jualannya kelak.


TIPS & ULASAN