Huawei hari ini telah mengambil pentas utama dan melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Mate 20. Telefon pintar ini hadir dengan pelbagai spesifkasi dan ciri-ciri terbaru – membawakan peningkatan yang lebih banyak berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran untuk kemaskini peranti mereka.
Huawei Mate 20 menggunakan skrin 6.53-inci LCD dengan resolusi 1080p, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM,storan 128GB dan hadir dengan sokongan bateri berkapasiti 4000mAh. Huawei menggunakan rekaan bertakuk kecil pada peranti ini, dan menyertakan pengimbas cap jari dibelakang.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah tri-kamera belakang dengan sokongan rakaman yang sangat baik. Ia menggunakan kamera utama 12-megapixel f/1.8, lensa rakaman luas 16-megapixel, dan lensa telefoto 8-megapixel. Untuk rakaman swafoto, Huawei Mate 20 menyertakan kamera 24-megapixel.
Telefon pintar ini menggunakan pengecas berasaskan USB-C, dan masih mengekalkan bicu audio 3.5mm dibahagian bawahnya. Huawei Mate 20 tidak mempunyai beberapa ciri premium yang terdapat pada Huawei Mate 20 Pro seperti pengecas tanpa-wayar, pengimbas cap jari pada skrin, speaker stereo, dan tidak kalis air.
Dari segi perisian, Huawei Mate 20 hadir dengan Android 9.0 Pie dan dilengkapi antaramuka EMUI 9.0 padanya.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei Mate 20 akan memasuki pasaran tempatan. Kita mungkin akan mendengarnya lanjut daripada pihak Huawei Malaysia dalam masa terdekat ini.