Carian
Porsche Design Huawei Mate 20 RS Hadir Dengan Kemasan Kulit, Memori 8GB RAM
October 16, 2018 Aman

Huawei pada tahun ini sedia memperkenalkan Huawei Mate RS bersama rakan kerjasama mereka Porsche Design. Kini, peranti kedua hasil kerjasama Porsche Design untuk tahun 2018 turut diumumkan oleh Huawei, iaitu Porsche Design Huawei Mate 20 RS.

Telefon pintar ini menyertakan sejumlah ciri-ciri seperti Huawei Mate 20 Pro – seperti sokongan pengecasan nirwayar, sokongan speaker stereo, pengecasan pantas, tri-kamera belakang dan sebagainya.

Huawei Mate 20 RS

Tambahan lagi, khusus untuk Porsche Design Huawei Mate 20 RS, ia turut menyertakan kemasan berasaskan kulit yang memberikan genggaman yang lebih selesa dan premium kepada pengguna.

Disamping itu, Huawei turut meningkatkan sokongan memori dan storan untuk peranti ini. Ia hadir dengan 8GB RAM, selain dilengkapi dengan storan sehingga 512GB.

Huawei Mate 20 RS

Dengan nama Porsche Design, ia sering membawakan tanda harga yang premium. Huawei di Malaysia sebelum ini menawarkannya pada harga sekitar RM6999 untuk versi Porsche Design. Harga jualan Porsche Design Huawei Mate 20 RS ini masih tidak diketahui lagi, dan dijangka diumumkan secara rasminya minggu ini untuk pasaran tempatan.

Huawei Mate 20 RS

Komen