Cari @ Amanz

Selain pengenalan jam tangan pintar, Huawei turut hadir dengan sebuah gelang tangan pintar baru, dinamakan Huawei Band 3 Pro.

Huawei Band 3 Pro

Huawei Band 3 Pro ini menggunakan skrin AMOLED bersaiz 0.95-inci berwarna, sekaligus memudahkan anda menyemak beberapa perkara terus pada skrin berkenaan.

Huawei Band 3 Pro turut menyertakan sokongan memantau nadi, selain sokongan pemantauan kecergasan yang lain. Ia turut boleh digunakan ketika tidur dan memantau corak tidur anda, sekaligus memberikan anda pelbagai data dalam menambah-baik kehidupan seharian anda.

Huawei Band 3 Pro

Huawei Band 3 Pro

Ia tidak diketahui lagi sama ada gelang tangan pintar ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai Huawei Band 3 Pro ini daripada Huawei Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd