Ketika pengenalan Huawei Mate 20 Pro, pihak Huawei turut memperlihatkan sebuah sokongan pemindahan gambar yang pantas antara peranti, dinamakan Huawei Share 3.0. Huawei memperlihatkan pengguna berupaya memindahkan sehingga 1000 gambar dalam masa sekitar dua saat menggunakan ciri ini.
Ketika mempertontonkan ciri ini, Huawei turut memperlihatkan gambar Matebook dibelakang – dan menyertakan nota-kaki, mengatakan Matebook baru bakal diperkenalkan pada November kelak.
Huawei mengatakan Matebook baru kelak akan menjadi komputer riba pertama yang hadir dengan sokongan pemindahan pantas Huawei Share 3.0 secara terbina.
Kita juga mungkin akan dapat melihat integrasi pelbagai spesifikasi terbaru, termasuk kemaskini penggunaan cip pemprosesan baru pada komputer riba akan datang ini.