Cari @ Amanz

Discord pada bulan Ogos lepas telah menguji kedai atas-talian mereka secara terhad dikalangan 50,000 pengguna. Kini, lanjutan daripadanya, hari ini pihak Discord memperluaskan penawaran kedai atas-talian mereka pada peringkat global – dan mengujinya dengan lebih meluas lagi.

Bagi anda yang tidak mengenali akan Discord, ia merupakan salah satu perkhidmatan permesejan dan komunikasi yang ditujukan kepada para peminat permainan video. Ia mempunyai populariti yang tinggi dikalangan pengguna – terutamanya yang sering bermain secara atas-talian.

Discord Store

Dengan penawaran kedai atas-talian mereka tersendiri ini, Discord turut bersaing dengan beberapa pihak, termasuk Steam. Buat masa ini, Discord Store menawarkan pilihan permainan yang disusun mengikut editor di perkhidmatan berkenaan – sekaligus menjadikan ia lebih tersusun dan memberikan cadangan menarik kepada para pengguna.

Bersama-sama pengenalan Discord Store dalam bentuk beta pada peringkat global, Discord juga kini turut memperluaskan penawaran Discord Nitro – dimana ia merupakan perkhidmatan langganan bulanan yang menawarkan lebih daripada 60 permainan melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd