YouTube merupakan salah satu laman web yang diakses jutaan pengguna seluruh dunia setiap hari. Terkini, ia dilihat laman berkenaan menghadapi masalah untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia.
Daripada ujian kami sendiri, ia dilihat tidak boleh diakses melalui desktop – termasuk pada video yang dilekapkan pada web-web lain.
Pihak Google masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Kita mungkin akan dapat melihat laman berkenaan beroperasi semula dalam masa terdekat ini.
Thanks for your reports about YouTube, YouTube TV and YouTube Music access issues. We're working on resolving this and will let you know once fixed. We apologize for any inconvenience this may cause and will keep you updated.
— TeamYouTube (@TeamYouTube) October 17, 2018
Kemaskini : YouTube kini dilihat telah kembali beroperasi semula seperti biasa, selepas sekitar sejam menghadapi masalah untuk diakses.