Carian
Vivo Y81i Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Harga RM599
October 17, 2018 Aman

Vivo mempunyai penawaran beberapa telefon pintar berspesifikasi rendah. Terkini, pengeluar dari China berkenaan turut telah hadir dengan variasi Vivo Y81 berspesifikasi sedikit rendah pada harga lebih mampu-milik, iaitu Vivo Y81i.

Vivo Y81i ini dilihat mungkin menggantikan Vivo Y71i sebelum ini. Telefon pintar ini hadir dengan skrin 6.22-inci bertakuk pada resolusi HD+, dijana cip MediaTek MT6761, memori 2GB RAM, dan storan 16GB. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3260mAh bersama-sama dengannya.

Vivo Y81i

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah kamera hadapan 5-megapixel, selain kamera belakang 13-megapixel. Ia menjalankan sistem operasi Android 8.1 dengan antaramuka FunTouch OS.

Di Malaysia, Vivo Y81i ini boleh dipra-tempah pada harga RM599.

Komen