Xiaomi Redmi Note 6 Pro Berharga Bermula RM849 – Mula Dijual 20 Oktober 2018

Xiaomi Redmi Note 6 Pro Berharga Bermula RM849 – Mula Dijual 20 Oktober 2018

Diterbitkan pada Okt 17, 2018 oleh .

Xiaomi Malaysia semalam telah pun mengumumkan yang mana mereka akan mulakan jualan Redmi Note 6 Pro di Malaysia secara rasminya pada hari Sabtu ini, 20 Oktober. Kini, lanjutan daripadanya, harga jualan untuk peranti berkenaan juga telah diketahui.

Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro akan ditawarkan dalam dua variasi, iaitu dengan 3GB RAM/32GB storan dan juga variasi 4GB RAM/64GB storan. Versi 3GB RAM ditawarkan pada harga RM849, sementara versi 4GB RAM pula ditawarkan pada harga RM999.

Redmi Note 6 Pro hadir dengan skrin 6.26-inci dengan paparan HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 636, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Menjadi fokus pada telefon pintar ini adalah keupayaan empat-kamera dilengkapi sokongan kecerdasan buatan (AI).

Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro

Redmi Note 6 Pro menggunakan dwi-kamera hadapan gabungan 20MP + 5MP, selain kamera belakang 12MP + 5MP. Pengguna juga turut disediakan kebolehan untuk menaik-taraf storan dengan penggunaan kad mikro-SD sehingga 128GB.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini, boleh menyemak beberapa kedai fizikal Xiaomi bermula hari Sabtu ini, 20 Oktober 2018.



TIPS & ULASAN