GCam Pertama Dari Google Pixel 3 Kini Boleh Dimuat Turun – Hadir Dengan Fungsi ‘Night Shift’

GCam Pertama Dari Google Pixel 3 Kini Boleh Dimuat Turun – Hadir Dengan Fungsi ‘Night Shift’

Diterbitkan pada Okt 17, 2018 oleh .

Sewaktu Google melancarkan Pixel 3 dan Pixel 3 XL – mereka turut memperlihatkan fungsi kamera yang menarik iaitu, ‘Night Shift‘. ‘Night Shift’ adalah mod mengambil gambar dalam keadaan cahaya yang gelap. Google membandingkan kamera iPhone XS dan Google Pixel 3 – ia memperlihatkan hasil yang sangat cantik.

Jika pada zaman Pixel 2, GCam Pixel 2 memberi ciri/fungsi dan hasil yang hampir sama pada banyak peranti Android lain. Kini GCam pertama berasaskan Pixel 3 boleh dimuat turun. Menarik sekali, GCam ini hadir dengan fungsi ‘Night Shift‘ yang berfungsi dengan baik. Atas ujian saya sendiri, fungsi Slow motion, Photobooth dan Zoom tidak berfungsi pada OnePlus 6 – untuk peranti lain anda boleh mencubanya.

Syarat untuk menggunakan GCam Pixel 3 ini adalah sebuah peranti dengan Andoid Pie dan juga Camera2API telah diaktifkan. Sayang sekali, pengguna Pocophone F1 tidak boleh mencubanya kerana masih lagi menjalankan MIUI for Poco yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Muat Turun: GCam Pixel 3 Di Sini


TIPS & ULASAN