Bersempena acara Empowering Digital Workplaces 2018 (EDW), Ricoh menggunakan inovasi teknologi untuk menggalakkan pembangunan pintar dalam ekosistem tempat kerja. Penganjuran ini turut menunjukkan pendekatan baru dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, pembuatan, runcit, pkhidmatan dan aplikasi pengawasan. Seperti yang pembaca ketahui, Ricoh adalah salah sebuah pembangun teknologi yang memacu inovasi serta menjadi penyedia kepada pengurusan dokumentasi digital.
Menerusi acara ini, mereka telah menampilkan sesi perkongsian teknologi bersama pakar dengan memperkenalkan konsep SMART iaitu menggunakan kecerdasan buatan (AI), peranti berhubung (IoT) dan realiti berperantara (AR) ke arah meningkatkan produktiviti aliran kerja.
Bersama Alice Lee – Pengarah Urusan Ricoh Malaysia menyatakan melalui platform teknologi dan perkhidmatan yang inovatif, inisiatif ini membolehkan individu untuk bekerja lebih pintar, sekali gus dapat meningkatkan penggunaan digital dalam kalangan pekerja. Hadir bersama Datuk Yasmin Mahmood – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), bersetuju menyatakan bahawa industri pendigitalan kini menjadi antara enjin utama kepada pertumbuhan negara.
Melalui statistik yang dilihat sektor ini telah menyumbang sebanyak 18.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berikutan itu, pihak kerajaan menyasarkan industri pendigitalan ini meningkat melebihi 20% menjelang tahun 2020.
Sasaran ini sekali gus memperlihatkan transformasi digital mampu membantu negara dalam meningkatkan ekonomi negara dan mendidik pengguna berkenaan pengetahuan pendigitalan dalam ekosistem kerja.