Cari @ Amanz

Isu Google dan Eropah nampkanya masih belum selesai. Tahun lepas, Google didenda RM11.7 Bilion oleh Suruhanjaya Kesatuan Eropah kerana didapati menyalahgunakan dominasi mereka apabila memaparkan maklumat carian. Kemudian pada tahun ini pula, Google didenda lagi kerana memaksa penyertaan aplikasi mereka dalam platform Android.

Kini, bagi mengatasi masalah penyertaan aplikasi Google pada platform Android – Google akan mula kenakan bayaran kepada pengeluar peranti jika ingin menjual peranti Android di Eropah. Menurut Google, bayaran ini adalah untuk pembiayaan sistem operasi Android yang diberikan secara percuma.

Googel akan kenakan caj ini mengikut berkas-berkas berbeza untuk aplikasi Google. Berkas pertama adalah aplikasi Play Store, Google Maps, Gmail, dan YouTube. Manakala, lagi satu adalah Google Search dan Chrome. Dengan caj ini, nampaknya harga peranti Android di Eropah akan bertambah mahal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd