Pada bulan September lepas, Xiaomi menguji peranti nirbingkai mereka Mi Mix 2S dengan sistem MIUI 10 berasaskan Android Pie. Kemudian, seminggu selepas itu MIUI 10 versi stabil hadir – tetapi masih lagi berasaskan Android Oreo.
Kini, sebulan berlalu – MIUI 10 Stabil berasaskan Android Pie boleh dikemaskini buat Xiaomi Mi Mix 2S. Kelebihan pada MIUI 10 adalah ia terbina sekali dengan kecerdasan buatan dan juga menggunakan rekaan serba baru. Rekaannya kini mirip gabungan iOS dan Android asli 9.0 Pie serta prestasi keseluruhan adalah lebih baik.
Bagi pengguna Mi Mix 2S, anda boleh nantikan kemaskini ini secara OTA – atau boleh juga terus muat turun ROM ini dan memasangnya melalui mod pemulihan.
- Muat Turun: MIUI 10 Android Pie Untuk Mi Mix 2S Di Sini