Huawei Mate 20 Berharga RM2799, Mate 20 Pro Berharga RM3599 – Mula Dijual 27 Oktober

Huawei Mate 20 Berharga RM2799, Mate 20 Pro Berharga RM3599 – Mula Dijual 27 Oktober

Diterbitkan pada Okt 17, 2018 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah berkongsi harga jualan tempatan untuk kedua-dua telefon pintar terbaru keluaran mereka, iaitu Huawei Mate 20 dan juga Huawei Mate 20 Pro.

Di Malaysia, kedua-dua model ini akan memasuki pasaran tempatan dan dijual bermula 27 Oktober 2018 ini. Huawei Mate 20 akan dijual pada harga RM2799, sementara Huawei Mate 20 Pro pula akan dijual pada harga RM3599.

Huawei Mate 20 Harga Malaysia

Huawei Mate 20 merupakan model asas yang ditawarkan Huawei, hadir dengan skrin 6.53-inci dengan resolusi 1080p, cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut dilengkapi rekaan bertakuk, pengimbas cap jari dibelakang, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Melengkapkan ia adalah tri-kamera belakang gabungan 12MP + 16MP + 8MP (telefoto). Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 24-megapixel.

Untuk Huawei Mate 20 Pro pula hadir dengan skrin 6.39-inci OLED, cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, sokongan pengecas nirwayar, serta bateri berkapasiti 4200mAh. Telefon pintar ini turut menyertakan tri-kamera belakang gabungan 40MP + 20MP + 8MP. Untuk rakaman kamera, ia menyertakan 24-megapixel.

Huawei akan menawarkannya di Malaysia bermula 27 Oktober ini. Bagi pengguna yang membelinya pada jerayawara di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor, anda akan turut menerima DJI Tello secara percuma. Pengguna yang membuat pra-tempahan pula akan menerima Huawei TalkBand B5.


TIPS & ULASAN