Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman harga Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro untuk pasaran tempatan, pihak Huawei turut mengumumkan penawaran Huawei Mate 20 X. Huawei Mate 20 X akan dijual di Malaysia mulai 11 November 2018 ini.

Huawei Mate 20 X

Huawei Mate 20X hadir dengan skrin 7.2-inci, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi tri-kamera belakang 40MP seperti Mate 20 Pro, selain bateri berkapasiti 5000mAh.

Telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan stylus dinamakan M-Pen, selain penyejukkan pantas berasaskan Vapor Chamber. Mate 20X juga turut dilengkapi sokongan kalis air IP53.

Huawei mengatakan mereka akan turut menawarkan kerangka luaran tambahan dan juga M-Pen secara percuma sehingga ke penghujung tahun ini. Mate 20X akan ditawarkan dalam pilihan warna biru dan juga perak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd